Published with Blogger-droid v2.0.6
Friday, 22 June 2012
Seronoknya
Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas rezeki yg diberikan pada ku.. Banyak perkara yang aku dah pelajari semenjak ini.. Aku memohon agar Allah meluaskan rezki aku.. Hidup berserdahana begini best pe. Pejam celik dah nak dekat bulan ramadan.. Harap harap lepas ni dapatla 1 kapal lagi.. Banyak lagi benda yang aku kena belajar. Aduh,sekarang kena carikan kerja untuk adik aku.. Harap harap murahla rezki dia. Senang sikit hati mak abah. Lepas dah sorang. Banyak betul cabaran dalam kehidupan ni. Man tak bayar lagi hutang aku. 3 ribu tu,bukan sikit. Hutang lama pun dah masuk 4 tahun tak bayar. Dah minta pun tak bayar,biar Allah saja yang balas. Tak sangka betul aku dapat kawan jenis macam tu. Tadi baru lepas telefon mak,bestnye dapat dengar suara mak. Tenang je. Nak balik kampung awal bulan depan. Nak jumpa mak abah dan adik adik. Setakat ni sahaja coretan hari ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment