Lama dah tak update blog ni. Sekian lama mencari kerja, dah banyak interview pergi tetapi belum dapat jawapan lagi. Esok malam aku akan bertolak ke Johor naik bas Sri Maju. Tengah hari tadi Posmen hantar surat panggilan temuduga di IKM JB pukul 10.45 pagi.
Tiket dah beli bertolak pukul 9.30 malam. Perjalanan ambil masa lebih kurang 7 ke 8 jam. Ini bermakna aku akan sampai di Larkin pukul 4 ke 5. Pergh.. Lama tunggu sebelum temuduga. Alahai jawatan bahagian apa pun tak ditulis dalam surat panggilan. Yang ditulis Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29 tu jer.. Kontrak.
Cuba jela kalau ada rezki tak kemananya. Yang penting usaha. Lepas temuduga terus balik. Alahai penatnya. Sabtu nak pegi Jobs Malaysia di sungai siput. Cari dan terus mencari. Jangan Patah semangat. Apa pun Doakan yang terbaik untuk aku. Dapatlah aku berkhidmat dengan MARA hendaknya. Da.....
Wednesday, 17 October 2012
Friday, 22 June 2012
Seronoknya
Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas rezeki yg diberikan pada ku.. Banyak perkara yang aku dah pelajari semenjak ini.. Aku memohon agar Allah meluaskan rezki aku.. Hidup berserdahana begini best pe. Pejam celik dah nak dekat bulan ramadan.. Harap harap lepas ni dapatla 1 kapal lagi.. Banyak lagi benda yang aku kena belajar. Aduh,sekarang kena carikan kerja untuk adik aku.. Harap harap murahla rezki dia. Senang sikit hati mak abah. Lepas dah sorang. Banyak betul cabaran dalam kehidupan ni. Man tak bayar lagi hutang aku. 3 ribu tu,bukan sikit. Hutang lama pun dah masuk 4 tahun tak bayar. Dah minta pun tak bayar,biar Allah saja yang balas. Tak sangka betul aku dapat kawan jenis macam tu. Tadi baru lepas telefon mak,bestnye dapat dengar suara mak. Tenang je. Nak balik kampung awal bulan depan. Nak jumpa mak abah dan adik adik. Setakat ni sahaja coretan hari ni.
Published with Blogger-droid v2.0.6
Saturday, 9 June 2012
08062012 Permulaan EURO
Harini tiada apa yang menarik. Cuma bahang kehangatan euro 2012. Pasukan Sepanyol menjadi pilihan aku. Perlawanan pertama diantara Poland dengan Greece berakhir dengan keputusan seri 1- 1. Nak tengok euro pun susah, tv rosak. Petang tadi baru hantar repair kat port klang. Jenuh juga cari kedai. Harap cepatla siap tv tu. Argh, dah ngantuk. Setakat ni sahaja untuk hari ini. Daa..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Friday, 8 June 2012
07062012. Aduhai,..
Hari ini sangat memenatkan sekali. Banyak betul kerja. Aku sms dgn dijah,dia penat. Kesian dia,terpaksa tukar wad. Petang tadi pula dikejutkan dengan satu lagi berita. Berita tentang syarikat aku. Ada lagi perubahan. Bila la aku nak dapat kerja lain. Ya Allah murahkanla rezki hambamu ini.. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.. war
Published with Blogger-droid v2.0.4
Sunday, 20 May 2012
20 May 2012
Harini aku gembira sangat sebab Chelsea menang Champion League. Tetapi Dijah boleh buat hal plak. Dia bad mood plak. Petang aku pergi kenduri kawin anak pakcik kat kampung ni. Aku tak paham dengan seorang kawan aku ni. Dah pandai hutang pandaila bayar. Yang aku bengang tu adake patut dia yang kata aku hutang dia balik? Time minta nak pinjam dulu kata nak bayar lepas seminggu tapi ni dah 4 bulan. Aku minta baik baik dia plak naik angin. Aku malas nak layan dah dengan orang macam ni. Orang putar alam. Aku dah kenal dia lama pun dia sanggup buat aku macam ni. Biar Allah yang azab dia. Aku dah teraniaya. Hutang bukannya sikit RM3000 tu. Kalau tak boleh bayar pon xpela. Cakapla elok elok. Aku pahamla. Mals aku nak pikir pasal benda ni. Buat aku peni kepala je.Tempat kerja pulak satu hal. Aku kena segera cari kerja lain ni dan tolong carikan kerja untuk adik aku. Nasib baik ada sahabat aku epi. Diala tempat aku luah perasaan dulu. Ada Gf pon kadang2 paham kadang tak paham. Aku tak boleh salahkan dia juga. Bukan masalah dia pun. Masalah aku jugak. Aku harap Allah permudahkanla urusan aku dan Luaskanlah rezeki aku. Kalau nak kenal kawan, kamuakan kenal sapa kawan kamu dimasa kamu dalam kesusahan. Terima Kasih kepada Aiman dan Epi. Korangla sahabat aku dunia dan akhirat..
Subscribe to:
Comments (Atom)